Anugerah Piala Dunia FIFA

Ronaldo, pemenang Kasut Emas pada Piala Dunia FIFA 2002

Pada penghujung Piala Dunia, anugerah akan dihadiahkan kepada para pemain dan pasukan berdasarkan pencapaian berbanding memenangi pertandingan tersebut.

Dewasa ini terdapat enam anugerah:

  • "Kasut Emas Adidas" (dulu dikenali sebagai "Kasut Emas", atau kadangkala "But Emas", pertama kali dianugerahkan dalam tahun 1930) untuk penjaring terbanyak;
  • "Bola Emas Adidas" untuk pemain terbaik (dulu dikenali sebagai "Bola Emas", pertama kali dianugerahkan pada 1982);
  • "Anugerah Yashin" untuk penjaga gol terbaik (pertama kali dianugerahkan pada 1994);
  • "Anugerah Permainan Bersih FIFA" bagi pasukan yang mempunyai rekod terbaik dalam permainan bersih (pertama kali dianugerahkan pada 1978);
  • "Anugerah Pasukan Penghibur Terbaik" bagi pasukan yang berjaya menghiburkan orang awam semasa kejohanan Piala Dunia, dinilai daripada satu undian umum, pertama kali dianugerahkan pada 1994;
  • "Pemain Muda Terbaik Gillette" dihadiahkan kepada pemain di bawah 21 tahun bermulanya tahun kalendar, yang mana pertama kali dianugerahkan pada 2006.

Rujukan

WikiPedia: Piala Dunia FIFA http://www.fifa.com/en/history/history/0,1283,4,00... http://www.fifa.com/en/index.html http://www.fifa.com/en/marketing/newmedia/index/0,... http://www.fifa.com/fifa/pub/newsletter/fifanews.6... http://www.fifa.com/infoplus/IP-201_02E_WC-origin.... http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/mcwc/ip-... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/b... http://www.fifa.com/tournaments/archive/worldcup/u... http://www.fifa.com/worldcup/index.html http://www.planetworldcup.com